Followers

Ceciter..

 Siapakah Judas Sebenarnya??
 cid:250244600@21062011-0DAA
Dalam Islam, Judas Iscariot (Yudas pengkhianat) telah dianggap sebagai pengkhianat kepada Nabi Allah Isa a.s. (Jesus Christ). Hal ini kerana atas tingkah lakunya yang telah melakukan khianat kepada Nabi Isa dan pengikutnya. Islam juga menegaskan bahawa Yudas yang sebenarnya disalib dan bukannya Nabi Isa.
Kisah pengkhianatan Yudas dalam Islam adalah digambarkan bermula dari sifat Yudas yang mudah tertarik kepada tawaran royalti sebanyak 30 keping perak sekiranya dapat memberitahu tempat persembunyian Nabi Isa dan kaum Al-Hawariyun (12 sahabat Rasullullah Nabi Isa) kepada imam-imam kepala Yahudi.
Pada malam selepas Nabi Isa dan kaum Al-Hawariyun menjamah hidangan moreh terakhir dalam peristiwa Santapan Terakhir. Baginda (Nabi Isa) telah membawa kaum Al-Hawariyun untuk bertahannuth, bertaqarrub dan bertasbih kepada Allah SWT di Taman Gethsamani, Baitumuqaddis.
Tidak beberapa lama kemudian, Nabi Isa telah menerima kedatangan Judas Iscariot bersama dengan bala tentera Rom yang berada di luar taman, Yudas yang masuk kedalam taman lalu segera datang menghampiri Nabi Isa dan membisikkan sesuatu kepada Nabi Isa (diriwayatkan dalam bisikan itu Yudas mengatakan kepada Nabi Isa dengan perkataan "Salam sejahtera wahai Rasullullah" dalam bahasa Ibrani).
Sejurus selepas itu Allah Yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana telah menukarkan raut wajah Yudas agar seiras dengan wajah Nabi Isa sekaligus mengangkat Nabi Allah Isa ke langit. Yudas yang tidak tahu mengena tentang perihal itu telah keluar daripada taman lalu terus ditangkap oleh bala tentera Rom yang menunggu di luar taman.
Dalam kejadian itu Yudas mengatakan yang dia bukan Nabi Isa yang dimaksudkan tetapi pernyataannya itu langsung tidak dihiraukan. Anggota Al-Hawariyun yang melihat peristiwa itu bertempiaran lari membawa diri sendiri.
Selepas kejadian itu, Yudas telah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan, namun dia tetap berkeras yang mengatakan yang dia bukannya Nabi Isa yang dimaksudkan. Bangsa Israel, imam-imam kepala Yahudi, dan anggota kesatria Rom telah menolak pernyataan Yudas dan menetapkan agar Yudas disalibkan.
Pada hari penyaliban, Yudas telah didera, dicemuh dan dihina oleh kaum Israel, keadaan dia menjadi gila dan dia tidak siuman lagi. Sehinggalah dia telah disalibkan di kayu salib lalu dia berkata "Eli-Eli Lammasabacthtani" maksudnya Allah Allah mengapa Kau tinggalkan aku". Sesungguhnya Allah tidak akan meninggalkan hambanya itu sesuka hati tetapi hanya sebagai balasan kepada perbuatan buruk orang yang mengkhianat RasulNya.
Al-Quran ada menerangkan dalam surat An Nisaa':157 bahawa Nabi Isa tidaklah dibunuh mahupun disalib oleh orang-orang Kafir. Adapun yang mereka salib adalah orang yang bentuk dan rupanya diserupakan oleh Allah SWT seperti Nabi Isa as.(sebahagian ulama berpendapat orang yang diserupakan adalah muridnya yang mengkhianatinya yang bernama Yudas Iskariot, tetapi nama sebenar murid tersebut tidak dinyatakan dalam Al-Quran)
"dan kerana ucapan mereka: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa putera Maryam, Rasul Allah", padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka.
Sesungguhnya orang-orang yang berselisih paham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa". (An Nisaa' : 157)



Ha, Tahukan anda bukan sekadar lagu judas jer syirik. Tapi juga lagu alejandro. Lirik lagu alejandro menganggap tuhan aka Allah sebagai penghalang untuk dia bercinta. MasyaAllah. Ingat la kawan-kawan tiada Allah tiada segala percintaan ok. Lady gaga adalah Dajal sebenar yang kita tunggu. Sanggupkan anda membiarkan anak-anak & kaum keluarga hanyut dengan lirik-lirik lagu yang banyak menghina Islam & Allah?? Budak-budak sekarang pandai nyanyi jerk. Tapi maksud lirik mereka tidak paham sama sekali. Pandai yahudi serang kita guna lagu-lagu pulak..


Antara lagu lagu yang syirik : -

Judas - Lady gaga

Born this way - Lady gaga

Alenjandro - Lady gaga

London brige - Fergie ( Mengisahkan pelacur-pelacur di london )



Sharing is caring


Thanks & Regards,
  aHMAD
Microwave Communications Division(MCD)
thumbnail1Agilent Technologies

                    
                                                                                                                                           





Malaysia belanja US$500 juta (RM1.5bilion) untuk alkohol duduki "ranking Top 10" peminum arak paling ramai di dunia  
Posted by KedahLaNie
 

Hebat! Malaysia tangga ke 10 peminum arak teramai di dunia

PELIK tapi benar, kalau kita lihat di peta dunia, Negara Malaysia ini hanya sebesar habuk nak dibandingkan dengan negara-negara bukan Islam yang lain. Malaysia juga memiliki majoriti rakyat yang beragama Islam. Namun apa yang peliknya, negara ini menduduki "ranking Top 10" peminum arak paling ramai di dunia diulangi rangking Top 10 peminum arak teramai di dunia.


Akhbar milik MCA, The Star semalam menyiarkan statistik tahun ini yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia, WHO bahawa Malaysia membelanjakan US$500 juta (RM1.5bilion) untuk alkohol dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter. Penggunaan beer di Malaysia pula dilaporkan mencecah 11 liter per kapita [TheStar].


Patutlah sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Muhyidin Yassin begitu bangga apabila Amerika Syarikat mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam contoh [Negara Islam].


Tidak hairanlah Malaysia jadi antara Negara Top 10 memiliki peminum arak terbesar dunia, mana tidaknya? Anak pemimpin pun ada yang jadi tokey syarikat Arak terbesar Filipina, San Miguel, manakala bapaknya pula menghentam ulama konon dialah yang lebih pandai bab hukum hakam. Konon dialah yang paling Melayu walaupun mak bapaknya bukan Melayu almaklumlah "Melayu mudah lupa" katanya.

source:
http://milosuam.blogspot.com
 
 
Malaysia cipta rekod, 10 tertinggi di dunia minum arak
TKO
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: amkns


"Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO telah meletakkan Malaysia sebagai negara ke 10 tertinggi di dunia dalam jumlah pengambilan atau minum arak oleh rakyatnya. Rakyat negara ini membelanjakan RM1.5 bilion untuk arak setahun. Ini adalah perkara yang amat serius tetapi tidak diambil berat oleh banyak pihak untuk membendungnya, demikian laporan akhbar The Star 23 Mei 2011 (Utusan Malaysia tak berminat ulas isu ini agaknya)

 
Malaysia ranked world’s 10th largest consumer of alcohol

By CHRISTINA TAN
chris@thestar.com.my

KUALA LUMPUR:
Malaysia has been named by the World Health Organisation (WHO) as the world’s 10th largest consumer of alcohol despite its small population and size.

Statistics by the international body this year also showed that Malaysians spent over US$500mil (RM1.5bil) on alcohol with a per capita consumption of seven litres.

Beer consumption in Malaysia is 11 litres per capita.

Deputy Women, Family and Community Development Minister Heng Seai Kie said the problem of alcohol consumption in the country was getting serious.

“Alcohol is not only causing a lot of health issues but is also contributing to a significant number of accidents,” she said here yesterday.

Heng was speaking to reporters after launching booklets and seminars on “Promote Healthy lifestyle: Reduce Alcohol Harm” organised by the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) and supported by IOGT International, a worldwide community of non-governmental organisations, and the National Association of the Prevention of Drug Abuse (Pemadam).

She said the ministry, through the National Population and Family Development Board, would hold a campaign to create awareness on the danger of alcohol abuse.

She said 10 seminars would be held nationwide this year.

They would be conducted in Mandarin, Malay, English and Tamil and were aimed mostly at those from the Chinese and Indian communities, which had a high alcohol abuse rate.

“The public has to understand that alcohol is not part of our culture and it will bring harm if it is abused,” she said.

Earlier, in his speech, KLSCAH secretary-general Yong Yew Wei said the Road Safety Council estimated that drinking and driving caused 30% of road accidents nationwide, with 38% of these resulting in fatalities.

“A study also shows that absenteeism from workplace among alcoholics is 16 times higher than others,” he said, adding that non-governmental bodies played a vital role in promoting a healthy lifestyle.


Source:
www.thestar.com.my

Malaysia antara 10 tertinggi ambil arak di dunia

Written by Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 29 Mac:
Biarpun mempunyai bilangan rakyat hampir 26 juta sahaja, namun Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia, kata Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud


Mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat lewat petang ini, beliau berkata, rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.

"Penjualan beer berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun," dedahnya lagi sewaktu membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun semakin meningkat iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.

Antara faktor peningkatan itu, jelasnya kerana mungkin arak jenis beer sangat mudah diperolehi di kedai-kedai.

Lebih membimbangkan apabila pendedahan arak dibuat di peringkat umur yang lebih awal.

Beliau sewaktu mengemukakan satu kajian, 19 peratus di kalangan pelajar sekolah menengah mengaku pernah meminum arak, manakala 1 peratus mengaku mengambilnya secara berterusan.

"Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas pesakit yang dimasukkan ke hospital KL pada tahun 1993, 48 peratus daripada yang ditanya mengaku minum arak.

"Satu pertiga ketagih arak, 61 peratus adalah Cina, 60 peratus India dan 30 peratus Melayu,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, kerajaan dilihat tidak memberi perhatian sewajarnya kepada isu ketagihan arak dan sering mengatakan ianya isu kaum India.

Arak juga jelasnya, dibuktikan bukan sahaja membahayakan kesihatan dan menyebabkan gejala sosial, namun kos rawatan penyakit disebabkan arak juga lebih tinggi berbanding pendapatan penjualannya.

"Negara kita dalam fasa lima mengaku bahawa Islama adalah agama Persekutuan, apakah menyebabkan dadah kita panggil najis dan sekiranya didapati mengedar dadah boleh dihukum gantung sampai mati.

"Tapi minuman keras, nikotin pada rokok, diberi layanan yang lain dan boleh didapati dengan berleluasa. Atas alasan apakah minuman keras tidak dimasukkan sekali dalam akta dadah merbahaya sedangkan kesannya atas kehidupan rakyat begitu meluas sekali," soalnya lagi.

Trend di Asia, katanya menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun berbanding trend di negara Eropah yang semakin menunjukkan penurunan akibat kempen mereka yang agresif.

Peningkatan di negara ini juga, jelasnya akibat undang-undang terlalu longgar seperti Akta Aksais Seksyen 32 (1)(a) dan (b) mengecualikan penjualan todi dan beer dalam tin dan botol.

"Apabila saya menang di Kota Raja, saya didatangi sekumpulan India dari golongan pertengahan dan rendah.

"Mereka meminta tolong saya supaya memastikan arak dan todi tidak dijual secara mudah di kedai-kedai runcit," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, arak dan todi di kedai-kedai runcit pada waktu ini boleh diperolehi dalam plastik dengan harga RM2 atau RM3.


Sumber:
Harakahdaily" _ 
                                                                                                                                         




Cantiknya Dia....

Jika seorang lelaki memiliki isteri yang cantik, biasanya timbul perasaan ujub dan sombong. 
Kemana-mana ketika jalan berdua, ia akan merasa bangga sehingga mendabik  dada....
Lelaki itu akan berkata dalam hatinya, “emmm cantiknya isteri aku.” kemudian ia akan melirik-
lirik memperhatikan siapa saja yang memperhatikan isterinya. Semakin bangga dan seronok 
ketika isteri banyak diperhatikan orang dengan  kagum dan terpesona oleh orang lain.

Bagaikan boneka cantik, kemana pun ia pergi, siisteri akan dibawa, dengan rasa bangganya. 
ia akan tunjukkan pada kenalannya dalam setiap pertemuan atau pesta. Seakan-akan ketika
itu ia berkata, “ini dia  isteriku, cantik ‘kan?  Kalau cari isteri seperti isteri aku. ada class gitu.

Dia tak tahu bahawa isteri cantik adalah ujian yang berat. Lebih-lebih jika wajah suami tidak kacak. 
Isteri pasti selalu mendapat bisikan syaitan, “sayakan cantik, saya mudah mendapatkan lelaki 
tampan dan kaya, apa lagi suami yang ada kekurangan dan tidak mampu  memenuhi segala 
keinginannya dari segi  material, akan terlintas rasa penyelasalan, dan juga sekiranya suami itu 
merupakan pilihan keluarga. Akhirnya pelbagai kelemahan dan keburukan akan dicari. Apatah
lagi sekiranya terjumpa lelaki yang lebih mempesonakannya. Isteri akan mulai melayani suami 
dengan setengah hati ( tanpa sepenuh jiwa). Yang mana akhirnya suami diperlakukan seperti
budak suruhan .Permintaan cerai tidak mustahil terlontar dari siisteri cantik ini.

Sekiranya kita lihat keadaan sekarang ada isteri yang berlaku curang, mempunyai kekasih
gelap yang lebih menjijikan membuat hubungan terlarang dengan lelaki lain. Mereka begitu
senang mempunyai kekasih gelap malah ada yang terang-terang melakukannya tanpa rasa
malu atau bersalah. Cuba bayangkan sebagai  seorang islam, adakah sanggup bermaian,
menyentuh dan memakan daging babi dengan sengaja dan terang-terang?....

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud; 
“Janganlah kalian menikahi wanita hanya kerana kecantikannya semata-mata , boleh jadi 
kecantikannya itu akan membawa kehancuran” (HR Abu Dawud dan Tirmidzi).
 "Jauhi oleh kalian rumput hijau yang berada di tempat yang kotor. 'Mereka bertanya,
 'Apa yang dimaksud rumput hijau yang berada di tempat yang kotor itu, wahai Rasulullah?' 
Beliau menjawab, 'Yaitu wanita yang sangat cantik yang tumbuh (berkembang) di tempat 
yang tidak baik."
 (HR ad-Daruquthni, Askari dan Ibnu Adi).



                                                                                                               




Di Sebalik Riak Wajah... 



 

Tertarik satu artikel bertajuk
"Tip Membahagiakan Diri Melalui Penampilan Riak Wajah"
Yang menekankan kepada Kita agar bijak mengurus riak wajah agar riak yang dipamerkan itu
Memberi manfaat untuk diri.

Di antara tip yang disarankan dalam mengurus emosi agar kembali keceriaan hidup  :

MENGANGKAT  KEDUA  KENING


Disarankan agar selalu mengangkat kedua-dua kening ke atas!
Andai diperhatikan orang-orang bersemangat bercakap,
Contohnya penceramah motivasi atau pembaca berita,
Pasti akan Kita lihat kedua-dua kening terangkat-angkat secara
Semulajadi tanpa dipaksa-paksa.

Kening yang jatuh ke bawah dimiliki orang-orang yang sedang dilanda kesedihan.
Semangat diri sangat lemah hingga tidak mampu mengangkat kening!

RAHSIANYA?



Tahukah anda bahagian kening & dahi mempunyai banyak saraf yang bersambung ke otak.
Apabila kening dan dahi digerakkan maka IA akan menarik saraf-saraf itu
Ke otak untuk menjadi aktif.
Otak yang aktif meningkatkan daya 'sensory' tubuh lalu mengaktifkan
Sel-sel tubuh terutama bahagian muka.
Maka dengan ini,Kita digalakkan amalan mengangkat kening ini
Di mana sahaja terutama ketika diri dilanda kesedihan!
Ulang beberapa kerap,mudah-mudahanan cahaya kegembiraan
Kembali mewarnai wajah.



KEMBANGKAN LUBANG HIDUNG



Dari petikan artikel mengatakan selain mengangkat kening,
Kita juga disarankan agar kembangkan lubang hidung besar-besar agar lebih banyak
Oksigen masuk ke dalam tubuh.
Mereka yang di dalam kesedihan dikatakan hidung agak jatuh ke bawah Dan makin bertambah
Sedih,makin bertambah saluran pernafasannya!

RAHSIANYA :


Terapi ini dicadangkan bagi menambah oksigen ke dalam tubuh terutama bahagian otak.
Kekurangan oksigen yang menjadi makanan terpenting bagi otak boleh menyumbang kepada tekanan mental Dan emosi.Bila otak cukup bekalan maka IA akan
Mereda tekanan yang sedang dihadapi.


SELALU  BUKA  MULUT




Satu teknik mudah untuk mengembalikan keceriaan diri ialah perlu selalu bukakan mulut
Hingga menampakkan gigi serta digerak-gerakkan lidah.
Secara mudahnya,Kita berbicara dengan oranglain atau Kita
Membuka-bukakannya ketika keseorangan.
Kekuatan diri akan timbul andai Kita berbicara Dan menggerak-gerakkan
Lidah dengan kata-kata positif
Mahupun dengan amalan zikir Dan Cuba elakkan mengunci mulut lebih
Daripada 10 minit atau lebih!

RAHSIANYA  :

Menurut kajian neurosaintis,bahagian kawasan otak yang paling luas adalah bahagian
Yang mengawal lidah Dan tangan.Bila seseorang mengguna lidahnya secara aktif
Maka secara tidak langsung IA mengaktifkan sebahagian besar
Bahagian otaknya.
Pengulangan kata-kata yang diucapkan akan memberi kesan yang lebih kuat
Kepada pemikiran dan hati!


RUMUSAN  :



Untuk mengembalikan semangat diri maka bolehlah Cuba praktik apa yang disarankan
Oleh Dr Muhamad Bin Jantan,Pakar Perunding Motivasi dan Psikologi ini
Iaitu  :

-Angkat Kedua-dua Kening Ke atas
-Kembangkan Lubang Hidung Seluas-luasnya
- Selalu Buka Mulut Sambil Menggerakkan  Lidah

Selamat Mencuba!!!!

 




                                                                                                                                                                      

>>Saya dapat email dari kawan2 yg prihatin..sekadar cerita untuk kita semua..


Sedikit Nasihat dari Sami yang memeluk islam (Batu Cave)


Assalamualaikum.

Minggu lepas surau ditempat saya didatangi oleh seorang bekas sami dari Batu Cave yang telah memeluk Islam. Beliau mempunyai nama baru yang telah diberikan oleh TGNA. Saya rasa tak sesuai nak bagitahu nama dia di sini. Mungkin nampak agak perkauman thread nih tapi harap MOD jangan delete.

Beliau sami yang kedudukan agak tinggi di Batu Cave. Tugas utama beliau di Batu Cave adalah membakar mayat di mana beliau adalah ketua. Upacara membakar mayat beliau lakukan adalah dengan menghadap kiblat kita ummat Islam. Maknanya mayat tersebut adalah dalam keadaan berdiri. Ada beberapa perkara yang membuatkan beliau meninggalkan agama beliau tapi antara yang sebab paling utama adalah semasa di Batu Cave beliau enggan menyembah seorang melayu yang bernama Ayah Pin.

Serba sedikit beliau menerangkan tentang pengalaman beliau semasa di Batu Cave. Kuil Batu cave adalah antara kuil yang paling utama di dunia untuk penganut hindu. Beliau menerangkan Batu Cave seumpama Universiti utama mengeluarkan PhD untuk bakal-bakal sami. Bolehlah saya umpamakan seperti Al-Azhar untuk penganut Hindu. Setahu saya sendiri tempat sambutan Thaipusam terbesar di dunia adalah di Batu Cave. Beliau jugak menyatakan bahawa Tokong Hindu paling besar di dunia adalah di Batu Cave. Tempat pembakaran mayat paling besar di dunia adalah terletak di satu tempat di Selangor (saya sudah lupa nama tempat tu).

Pada bulan Ramadhan beliau akan menutup semua Tokong yang ada kerana pada bulan Tersebut penganut Hindu tidak menyembah Tokong kerana pada bulan tersebut Tokong-tokong semacam tiada kuasa. Betullah logiknya kerana pada Bulan tersebut semua setan dan iblis diikat dan dirantai. Jadi tidaklah setan dan iblis nihh menghuni Tokong-tokong tadi untuk menyesatkan manusia.

Beliau juga memberikan beberapa petua. Jangan bersalam dengan penganut hindu di waktu selepas Subuh kerana waktu itu mereka baru bersembahyang dan mencalit sedikit abu mayat ke muka mereka dan mereka tidak membasuh tangan mereka. Juga jangan makan di rumah penganut hindu ini kerana beliau mengatakan dalam setiap rumah hindu ada Tokong dan masakan mereka akan dirasai dahulu oleh setan dan iblis nihhh. Itu sajalaaa yang sempat diperkatakan.

Sekarang beliau menetap di Kelantan dan sedang bekerja dan mendalami Islam di sana . Beliau sudah 3 tahun memeluk Islam. Atas nasihat Mufti Perak, harta yang dikumpulkan semasa menjadi sami pembakar mayat tersebut telah ditinggalkan. Semoga ALLAH memelihara imannya.

Wassalam.

No comments: