Followers

Wednesday, July 20, 2011

Hari Isnin yang Lepas,sahabatku Reen bertandang ke rumah.Kebetulan juga aku teringin nak makan nasi tomato.Kelam kabut jugak jadinya.Hinggakan tutup pengukus ku pecah akibat kecuaian aku jugak,,huhu..
Apa pun,siap juga nasi nih sebelum dia nya sampai..

Resepi Nasi Tomato:
720gm Beras Basmathi(dibasuh dan ditos)
4sudu mkn Bawang Merah kisar
4sudu mkn Bawang Putih kisar
2batang Kulit Kayu Manis
3biji Bunga Lawang
Bunga Cengkih secukupnya
Buah Pelaga secukupnya
2batang Serai diketuk
2helai Daun Pandan disimpul
3biji Tomato segar dibelah empat
750ml Air
375 Susu Cair
180ml Tomato Puri
4sudu mkn Minyak Sapi
Minyak untuk menumis
Garam dan Gula secukup rasa

Bahan Hiasan:
1sb Bawang Goreng
1sb Gajus
1sb Daun Bawang
1sb Daun Sup


Cara Memasak:
1.Panaskan minyak dan minyak sapi,tumis bawang merah dan bawang putih yang telah
dikisar bersama rempah ratus,serai,daun pandan,sehingga naik bau dan bewarna kekuningan.
2.Kemudian masukkan puri tomato,tomato dan dikacau rata.Tambahkan air secukupnya
dan kacau lagi.
3.Seterusnya masukkan beras dan perasakan.
4.Setelah itu,masukkan susu cair dan digaul rata dengan beras.
5.Tanak sehingga nasi masak.

Resepi Ayam masak Merah:
500gm Ayam
5sb Bawang Merah kisar
4sb Bawang Putih kisar
2btg Kulit Kayu Manis
1sk Bunga Cengkih
3biji Bunga Lawang
5sb Cili Giling
4sb Sos Cili
3sb Sos Tomato
3sb Tomato Puri
3cm Halia muda (dihiris)
1biji Bawang Besar(dihiris)
1biji Tomato(dihiris)
1btg Serai diketuk
2helai Daun Pandan disimpul
Garam dan Gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara Memasak:
1.Panaskan Minyak dan tumis bahan yg dikisar,rempah ratus,serai dan daun pandan
sehingga naik bau.
2.Kemudian masukkan cili giling dan tomato puri.Masak sehingga naik bau dan garing.
3.Setelah itu,masukkan sos cili dan tomato.Perasakan.Kacau sehingga rata dan
masukkan sedikit air untuk dijadikan kuahnya.
4.Seterusnya masukkan ayam goreng dan sebatikan dengan kuahnya.
5.Akhir sekali,masukkan bawang besar dan tomato yg telah dihiris tadi.Sedia dinikmati.

Acar Timun Masak

  • 1 batang timun
  • 1 batang lobak merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 bawang besar
  • 3 sudu besar cuka
  • garam
  • gula
  • 1 cawan air
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu besar cili giling
  • 1/2 sudu kecil biji sawi

Cara-cara

  1. Belah 4 bawang putih. Mayang bawang besar
  2. Potong memanjang lobak merah dan timun. Rendam dalam air garam
  3. Panaskan minyak, tumis bawang putih
  4. Masukkan serbuk kunyit dan cili. Tumis sampai wangi.
  5. Masukkan air. Biar sampai mendidih
  6. Masukkan timun dan bahan-bahan lain. Jangan terlalu lama. Agak-agak 2-3 minit. Kemudian padamkan api.

Thursday, July 14, 2011


Salam....wat muffin nih disebabkan nak habiskan pisang yang ada kat dapur tuh..simple jek resepinya..main campak2 aje...hihii..

Bahan A:(ayak)
2cawan tepung Gandum
1/2cawan Serbuk Koko
1sk Soda Bikarbonat
1sk Serbuk Penaik
Secubit Garam

Bahan B:
1cawan Pisang (saya guna pisang tanduk,ok jer)
2biji Telur(dipukul sedikit dengan garfu)
1cawan Minyak
1cawan Gula Pasir(klu nk sedap letak gula perang)

Cara Membuat:
1.Ayak semua bahan A ke dlm mangkuk.
2.Kemudian masukkan Bahan B dan kacau rata.
3.Masukkan ke dalam acuan kecil.
4.Kukuskan selama 20minit atau sehingga masak.

Tuesday, July 12, 2011

Bubur Kacang Hijau Durian

Disebabkan isi durian nya tak berapa nak berisi so,terjadilah bubur kacang hijau durian nih..macam biasa resepi ade disertakan sekali..

Bahan:
2cawan Kacang Hijau
1buku Gula Melaka(yg buku kecik jer,potong kcik2 then msk dgn sdkit air pastu
tapis supaya x de alien2 didlm tuh nnti)
5sb Gula Pasir
1 1/2 kotak Santan MS
1inci Halia
3helai daun Pandan disimpul)
Secubit Garam
Isi Durian ikut suka
Air secukupnya

Caranya:
1.Rebus kacang Hijau sehingga empuk.
2.Masukkan air gula melaka,gula pasir,garam,daun pandan,dan santan,kacau rata.Masukkan pula isi durian,agak2 da sebati semua,bolehla tutup api..

Friday, July 8, 2011

Pisang Goreng aka Banana Fritter



My hi-tea for today,banana fritter with a cup of coffee..so yummy!

Simple recepies.
-Banana(i use  "Pisang Tanduk", literally translated as "Horn Banana)
-1cup of Rice Flour
-1tbs Flour
-1/2teaspoon Tumeric powder
-a pinch salt
-2cup of Plain Water.

METHOD:
Add all ingredients (except banana) to form smooth runny batter.
Dip banana in the batter & deep fry until golden.
Serve hot.

Thursday, July 7, 2011

Kuih Kaswi/Kosui

Kuih favOurite my hubby..lembut & sedap sekali..biasa kita tengok orang pakai tepung gandum+tepung ubi..tapi resepi kali ni,menggunakan tepung beras+tepung jagung! So nice,memang lembut..resepi dari Koleksi Buku Masakan ku...

Bahannya:
Bahan A
150g Tepung Beras
50g Tepung Jagung
200ml Air
1sudu makan Air Kapur

Bahan B
150g Gula Melaka
400ml Air

Bahan C
100g Kelapa parut bercampur dengan sedikit garam

Caranya:
1.Bancuhkan bahan A menjadi sebati.
2.Masak gula dan air sampai mendidih.Campurkan bahan A dan B semasa air gula masih
hangat dan kacau sehingga rata.
3.Sapu sedikit minyak dalam loyang,kemudian tuangkan adunan ke dlalamnya dan dikukus
selama 1/2 jam,angkat.
4.Potong setelah sejuk dan hidangkan dengan kelapa parut.

Wednesday, July 6, 2011

Menu hari ini..masak lemak pisang muda..mak mertua bagi banyak pisang,so tu yg terfikir nak masak lemak.Lama benar tak makan lauk nih..

Resepinya:
Pisang Muda
1kotak santan
Bawang Merah
Ikan Bilis
Cili Padi
Kunyit
Serai dititik
Sedikit Lada Hitam tumbuk
(tumbuk semua bahan hingga lumat kecuali santan)

Caranya:
1.Panaskan santan dan bahan yg ditumbuk.
2.Masukkan pisang,garam n serbuk perasa jika suka.
3.Biar sehingga pisang masak.

Tuesday, July 5, 2011

Pagi-pagi lagi Kak Mieza da tempah apam ni 100pcs..terima kasih banyak sebab selalu order apam ni dengan shilla yer..