Followers

Thursday, January 12, 2012

Rainbow Cake for my kids...





Salam semua...1st time tengok rupa kek ni di blog Dairi Mama...memang terliur habis tengok..terus petang tadi rasa nak buat..my kids pun tak sabar2 nak makan..siap tolong mama dia lagi..hihii..macam biasa saya C&P resepi nya yer...

Bahan2
Ingredients
2 1/4 cups tepung cake/superfine
1 tablespoon serbuk penaik
1/2 teaspoon garam (Jika anda menggunakan salted butter, tak perlu tambah garam)
1 1/4 cups  susu segar atau buttermilk (I guna buttermilk)
4 putih telur (telur size A)
¾ cup gula (recipe asal menggunakan 1 1/2 cawan gula)
2 sudu teh parutan kulit limau- (I tak guna parutan limau)
125gm unsalted butter, keluarkan dari peti dan biarkan pada suhu bilik (sepatutnya menggunakan 113gm, tapi I malas nak timbang)
1/2 teaspoon pure lemon extract - (I tak tambah lemon juice)
Gel or powder food coloring
2 tsp vanilla essence (I guna vanilla essence walaupun tiada dalam recipe)

1. Panaskan Oven pada suhu 180 degree celcius. Gris pan kek yang berukuran 5 inci dan alas dengan kertas baking.
2. Tapis tepung kek, serbuk penaik dan garam kedalam bekas. Didalam bekas yang lain, pukul putih telur dan buttermilk secara manual selama 1 minit. 
3. Menggunakan stand mixer, pukul butter dan gula dengan kelajuan sederhana selama 3 minit sehingga kembang. 
4. Masukkan 1/3 daripada adunan buttermilk telur tadi, dan selang seli dengan gandum sehingga habis. Pastikan mixer berada pada low speed semasa menambah gandum dan buttermilk. Setelah selesai, pukul adunan kek selama 2 minit sehingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 6 bahgian, warnakan menggunakan food colouring. Bakar satu bahagian dahulu, selama 20 minit atau sehingga lidi tidak lekat pada kek. Keluarkan, dan biarkan selama 5 minit sebelum disejukkan diatas rak penyejuk. Bakar lagi adunan yang lain sehingga habis.
6. Untuk memastikan kek lembab, apabila sejuk, bungkus dengan cling wrap. 
For the Cream Cheese Frosting:
125gm butter, suhu bilik
125 gm cream cheese, suhu bilik
125gm mascarpone cheese, suhu bilik
1 cup gula icing
1 tbs esen vanilla

To make the frosting: Gunakan whisk, pukul butter dan cheese pada kelajuan yang tinggu selama 5 minit. Make sure, sekali sekali, scrape (bm?) bowl tu.  Kurangkan kelajuan mixer, tambah gula icing dan vanilla esen. Pukul lagi pada medium speed selama beberapa minit sehingga frosting menjadi gebu.

Wednesday, January 4, 2012

Blueberry Cheese Cake & Choc.Cake Moist

Assalammualaikum semua...lama tak update kt cni..baru2 ni ada order 2 kek ni..so seperti biasa nak jugakla tepek kat cni untuk tatapan semua...

Resepi Blueberry CheeseCake:
  • BASE:
  • 110g Butter - cairkan
  • 200g Biskut digestive - klu xde, apa2 biskut pun boleh
  • 50g Almond flakes - toast
  • FILLING:
  • 500g / 2 buku Cream cheese
  • 30g Butter
  • 120g Gula Kastor
  • 1 lemon - grate kulit & perah jus (optional, Along xletak sbb xsuka bau lemon)
  • 30g Tepung jagung - ayak
  • 200-300ml whipping cream (selalu nya Along guna 1 pket kecil, lain brand lain berat nya, tapi tak perlu accurate sgt)
  • 4 biji Telur - pukul sedikit
  • 150g Blueberry pie filling
  • TOPPING:
  • 1 tsp Gelatin / Serbuk agar2
  • 30ml Air
  • 150g Blueberry pie filling

Cara-cara

  1. Hancurkan biskut & gaul dgn bhn2 base. Chill sehingga di perlukan.
  2. Pukul cream cheese & butter sehingga smooth. Campurkan gula, parutan & jus lemon & tepung jagung. Pukul lagi sehingga smooth. Campurkan cream & pukul lagi sehingga pekat. Akhir sekali masukkan telur yg telah di pukul sedikit. Pukul sehingga cukup sebati, jgn pukul terlalu lama.
  3. Tuangkan separuh adunan ke atas base. Ratakan blueberri & tuangkan baki adunan.
  4. Bakar dlm "water bath" dgn oven yg telah di panaskan terlebih dahulu 150 celcius selama 1 jam. (Along selalu nya malas nak "water bath", so bakar mcm tu je - lebih baik sbb nanti base tu lebih crispy)
  5. Sejukkan kek pada suhu bilik (sebaik2 nya biar sekejap dlm oven baru keluarkan so that ia tak terkejut & merekah). Chill sekurang2 nya 6 jam ataupun semalaman baru lah di potong. Cheesecake tak boleh potong/makan waktu panas2, ok.
  6. Utk buat topping, campurkan gelatin/agar2 dgn air. Panaskan sebentar & campurkan blueberry. Sapukan ke atas cheesecake & sejukkan sebentar. 

Resepi Kek Coklat Moist:

Bahan-bahan ( 21 x 21 cm )
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 cawan gula halus
4 biji telur gred A
250 gm buttercup
2 sudu kecil esen vanilla
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas
1/2 cawan susu cair
Cara-cara
Masukan serbuk koko,gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat sejukan dan tuangkan susu cair kacau rata dan ketepikan.
Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji,vanilla di gaul rata dan ayak tepung dengan baking powder 3 x baru masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata.
Masukan dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api atas bawah. Sejukan kek dan dibahagi 3 atau biarkan begitu saja.
Untuk moistnya satukan 100 gm coklat masak, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar air panas dan cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan diatas kek dan hiaskan ikut suka. Selamat mencuba.