Followers

Thursday, April 28, 2011

Cream Puff



1st time wat cream puff..teramat la senang buatnya..rasa nya juga berkrim....Resepi nya dapat dari Nestle IDEAL..

Bahan A:
80gm Mentega
1 1/4cawan Air
180gm Tepung Gandum,diayak
4biji Telur
1camca teh Esen Vanilla

Bahan B:
35gm Tepung Kastad
1 1/2 cawan Air
1cawan Susu Sejat Ideal
 5camca besar Gula
 1biji Kuning Telur
7gm Mentega/Marjerin3
1/2camca teh Esen Vanilla

Cara membuatnya:
1.Lenser tin pembakar dan panaskan oven hingga bersuhu 200darjah celcius.
2.Dalam periuk,panaskan mentega(dr ramuan A)hingga cair dan air mendidih.Kecilkn api dan; masukkan tepung.
3.Kacau sebati hingga camouran tidak melekat pd tepi periuk dan; menjadi bebola.
4.Pukul telur dan; sedikit demi sedikit masukkan ke dlm pastri sejuk.maukkan esen dan; kacau rata.
5.Letak 1 camca teh penuh pastri diatas tin pembakar,bentukkan seperti busut kecil.Bakar selma 30-35minit atau hingga kekuningan,sejukkan.
6.Dibahagian tepi paf buat potongan untuk memasukkan intinnya.Sementara itu campur tepung kastad dengan sedikit air.Kemudian masukkan susu sejat,baki air dan; gula ke dalam pes kastad,kacau sebati.
7.Masak diatas api kecil,kacau selalu hingga kastad hampir pekat.Masukkan kuning telur,mentega & esen,sejukkan.
8.Kacau sekali-sekala untuk mengelakkan kastard menjadi keras diatasnya.Letak krim dalam piping bag.Guna untuk mengisi krim paf melalui potongan pd setiap keping paf.

Thursday, April 21, 2011

Kek Pandan Layer

 
 Salam..actually kek ni da lama buat sempena birthday my FIL pd bulan 2 yg lepas.Tapi baru la ni ada masa nak tepek gambar & bagi resepi cuz ada request resepi from ida.To ida,nanti time nak potong kek tu,ko kemas2 kn sket tepi2 tu,buang coklat2 tu sbb aku time wat ni nak lincah so mana yg sempat aje la..apa yg pasti resepi ni memang sedap sangat...search kt internet jugak..tp lupa sgt2 resepi siapa,daku combaine kan kek ngn layer ntah dari mana aku jumpa..apa pun memang marbeles!!

Resepinya:

Utk kek:
150gm Tepung (Gandum/Superfine)
150gm Gula kastor
5biji Telur
1sb Ovalette
80ml Air Daun Pandan
80ml Minyak/Mentega Cair
1sudu teh Pes Pandan
1sudu teh Serbuk Penaik
Sedikit Pewarna Hijau

Cara-caranya:
1-Satukan gula,ovalette,tepung,serbuk penaik & telur.
2-Pukul dengan kelajuan tinggi lebih kurang 5 minit hingga adunan pekat & gebu. (bergantung pd kelajuan mixer)
3-Perlahankan kelajuan & masukkan air daun pandan,pes pandan & pewarna hijau.
4-Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama beberapa minit sehingga adunan benar2 ringan.
5-Tunag minyak/mentega cair & gaul dengan senduk hingga sebati.
6-Sediakan tin pembakar bulat/4 segi berukuran 8 inci.
7-Griskan dasar & lapik dengan kertas minyak.
8-Bakar selama 45 minit @ sehingga masak dengan suhu 150-180 darjah celcius.
*bila dah masak telangkupkan atas redai lebih kurang 5 minit untuk elakkan kek kempis.

Kastad Pandan:
Bahan A
-180gm Gula Kastor
-500ml Air Daun Pandan
-15ml/1dudu makan Serbuk agar-agar
Bahan B
400ml Santan Pekat
85gm Tepung Hoen Kwee Hijau
5ml/1sudu teh Pewarna Hijau
Secubit Garam

Cara membuatnya:
1-Campur semua bahan A dalam periuk.Masak api sederhana hingga mendidih & gula hancur.
2-Satukan bahan B dalam mangkuk & gaul rata.Masukkan adunan ini ke dalam adunan A.
3-Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat & mendidih.
4-Sediakan acuan bulat@ petak,guna jenis loose tin@ apa shja bentuk kek span kita.
5-Letakkan 1 lapisan kek span dalam acuan,tuang 1/3 adunan kastad keatas kek hingga menutupi lubang disekelilingnya.
6-Letakkan Lapisan kedua kek span& tuang lagi kastad.
7-Hentakkan acuan 3 kali diatas meja agar kastad padat dibahagian bawahnya.Biarkan kek sejuk baru dimasukkan dlm peti sejuk.
8-Keluarkan kek yg telah sejuk dari acuan,salut dgn kelapa kering @ hias ikut citarasa.

Thursday, April 14, 2011

Jalan-jalan...

Weekend yang lepas..keluar bersama adik ku yon n gf dia untuk membeli barang hantaran sesambil kitaorang makan2 n lepak2...

Lepas penat jalan tu aku n bakal sil aku lepak kat Charms,cuz da kenyang so we all juz order makanan yg ringan2 ajelah..banyak-banyak makanan cucur bawang n yee mee jugak jadi pilihan tekak ni..
Memang marbeles la cucur bawang tuh..garing n sedap amat! teh tarik yg aku order pun best in the world! puas hati la makan minum kat situ setelah penat berjalan-jalan.....
Ni die cucur bawang yg gariiing sgt n sedap gile tuh!


Yee Mee pun boleh tahan jugak..daku kongsi berdua ngan hana cuz x terhabis makan sorang-sorang...Thanks to my bro n my sil cuz bAnje kakak mu makan2 n soping2 yek! heeeeee..len kali leh ar banje lagik! heheeeeeee.........

Tuesday, April 5, 2011

HOT Seller...hehe..


Apam yg enak di lihat lagi enak di makan..Thanks kepada kak mieza yg x lokek resepi malah mengoder selalu! hihii..thnks a lot ya!

Resepi nya:

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
  • pewarna

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak

Ada aku kisah cantik ke tak pie aku? janji sodap dimakan sUdah..hihii..


Wheeeww...minggu blueberry sedOnia..hehee...simple,senang,dan enak juga dimakan pd bila2 masa...
resepi nya sendirian berhad..main campak2 aje..mayb ade terkurang..al maklum la..shila nih bukannya profesional chef..apa yg tergerak nak buat,tak fikir panjang terus je ke dapur..janji tekak sendiri rasa sedap sudah..hihiiiiii...

Resepinya:
Kulit pastry:
2cawan Tepung Gandum
1cawan Tepung Jagung
3biji Telur
1 1/2 cawan Marjerin

Cara-caranya:
1-Campurkan Tepung dan marjerin,gaul sebati sehingga menjadi seperti serbuk roti.
2-Masukkan telur dan uli doh sehingga sebati.
3-Kemudian simpan doh selama 20minit di dalam peti sejuk sebelum dicanai dan dibakar pada suhu 180'c selama 45minit.
4-Topping nya terpulang pada selera masing-masing.

Mini Tart


Salam...sudah lama berangan nak buat tart ni..barulah ada kesempatan nak buat.Nak jadikan cerita..tengah2 bakar tuh,anak ku Darwisy boleh pulak kuatkan suhu yg paling panas sekali..patutla daku terbau macam benda hangus,daku rasa baru je masukkan dalam oven,tengok punya tengok habis tart akuuu!!! uwaaa...sabo jela dengan perangai anak2 ni....

Resepinya:
  • Bahan untuk Sweet Pastry:-
  • 125 gm mentega / margerin
  • 60 gm gula aising
  • 1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
  • 240 gm tepung gandum
  • Bahan untuk Cheese Filling(inti):-
  • 250 gm cream cheese
  • 50 gm gula aising
  • 20 gm mentega (lembutkan)
  • 1/2 sudu besar perahan lemon
  • 1 biji telur (gred B)
  • Blueberry pie filling

Cara-cara

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
  2. Untuk membuat sweet pastry: -pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
  3. Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
  4. Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit.