Followers

Tips KEK dan BISKUT


ANTARA MENGHINDARI KEK MENJADI BANTAT :

-Gandum yang digunakan mempunyai komposisi yang baik untuk adunan kek.
-Yis yang digunakan adalah mencukupi (lebih kurang 10gm yis untuk 500gm gandum)
-Waktu pengembangan adalah mencukupi.
-Pembuatan kek dilakukan dengan pengembangan telur dilakukan sampai putih dan percampuran gandum untuk  adunan secara berhati-hati. 

Kenapa Kek Merekah??

1. Suhu oven terlalu tinggi
Suhu yang biasa membakar kek ialah 180 darjah celcius.Namun begitu setiap jenis oven mempunyai kepanasan yang berlainan. Apabila suhu terlalu panas, bahagian luar kek menjadi keras sedangkan bahagian dalamnya belum lagi kembang.Apabila bahagian dalam mengembang,ia akan menolak keluar dari permukaan kek maka terjadilah rekahan.


2. Terlebih serbuk penaik atau soda
Jika serbuk penaik atau soda bikarbonat tidak disukat dengan betul, ia tidak seimbang dengan jumlah tepung yang digunakan. Akibatnya ia akan menjadi terlalu kembang dan boleh mengakibatkan rekahan.


3. Kek terlalu kering
Ini berpunca dari kandungan tepung yang berlebihan dalam resipi atau adunan kekurangan cecair. Keadaan ini menyebabkan kek kering dan boleh menyebabkan rekahan pada kek terutama kek mentega.

4. Acuan terlalu kecil
Kadangkala acuan yang digunakan terlalu kecil untuk menampung adunan yang disediakan. Sebaik-baiknya adunan hendaklah dituangkan hingga 1/2 acuan sahaja kerana adunan akan naik dan mengembang.

Kesimpulannya untuk memastikan kek tidak merekah, pastikan perkara-perkara diatas diperbetulkan dan resipi yang digunakan boleh dipercayai. Letak kek di bahagian tengah oven supaya tidak terlalu panas. Masa membakar yang biasa bagi kek mentega ialah 1 jam dan kek span atau sifon pula lebih kurang 45 minit.
*Elak Jadi Kecut Dan Mendap
-Apabila kek masak,jangan biarkan terus di dalam bekasnya. Sebaliknya,terus angkat dan letakkan ia di dalam bekas kek yang lain untuk menyejukkannya.


*Elakkan Biskut Cepat Lemau
-Sebelum menyimpan biskut anda didalam bekas,cuba taburkan sedikit gula pasir(jangan terlalu banyak) ke dalam bekas penyimpan.Kemudian tutup dengan tisu @ kertas barulah disusun biskut tersebut.Lepas tu barulah ditutup dengan rapat.