Followers

Showing posts with label Muffin. Show all posts
Showing posts with label Muffin. Show all posts

Friday, October 11, 2013

Tempahan for Birthday Party

Semalam ounya order,oleh Hida Koh dari Seri Alam utk Birthday Party 2 org anak nya..Terima Kasih banyak-banyak...maaf jika banyak kekurangan...

Thursday, July 14, 2011


Salam....wat muffin nih disebabkan nak habiskan pisang yang ada kat dapur tuh..simple jek resepinya..main campak2 aje...hihii..

Bahan A:(ayak)
2cawan tepung Gandum
1/2cawan Serbuk Koko
1sk Soda Bikarbonat
1sk Serbuk Penaik
Secubit Garam

Bahan B:
1cawan Pisang (saya guna pisang tanduk,ok jer)
2biji Telur(dipukul sedikit dengan garfu)
1cawan Minyak
1cawan Gula Pasir(klu nk sedap letak gula perang)

Cara Membuat:
1.Ayak semua bahan A ke dlm mangkuk.
2.Kemudian masukkan Bahan B dan kacau rata.
3.Masukkan ke dalam acuan kecil.
4.Kukuskan selama 20minit atau sehingga masak.

Friday, June 17, 2011



Muffin Naga  A.K.A  Dragonfruit Muffin....heh..kali ni saya try kaedah 'KUKUS' pula..resepi ini terhasil sendiri oleh saya..I'm so proud with myself! hiks..memandangkan buah naga berlambak ada kat dalam peti sejuk so..lama jugak dok memikir,apa nak dibuat dengan buah naga yg banyak tu..separuh saya buat jem dan selebihnya saya try la wat muffin ni,alhamdulillah,,menjadi n sedap sekali..nak resepi ade di sertakan....


BAHAN:
2stgh cawan  Tepung Gandum
1sudu kecil  Baking Powder
1sudu kecil Soda Bikarbonat
1biji Telur
1cawan Gula
1cawan Minyak
80ml Susu Cair
1-2biji Buah Naga(dilecek menggunakan garfu)

CARA:
1.Pukul telur sehingga kembang.Masukkan gula & pukul sampai gula hancur.
2.Masukkan minyak & pukul lagi sebati.
3.Masukkan tepung yg telah diayak bersama serbuk penaik & soda,sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu cair,putar perlahan sampai sebati.
4.Masukkan pula buah naga & kacau rata  menggunakan spatula.
5.Sudukan ke dlm paper cup 3/4 penuh dan boleh dikukus selama 20minit dengan api yg besar.

Wednesday, March 2, 2011

Muffin!



Semalam besday aku..so hubby nak belikan kek,aku plak taknak sebab ahad lepas baru je makan kek besday my fil yg aku buat sendiri..So konon2 da muak nk makan kek lak..last2 aku wat je muffin ni semua n bg jiran2 sket..sebab aku berdua aje and anak2 pun still kecik lagi bukan makan banyak pun tu yg sedekah jiran2 sket..kalau nak resepi ade kat bawah ni yek!                                                                               

Bahan-bahan:(anggaran 60 biji ikut jenis acuan muffin)
8 biji Telur
500gm Gula
600gm Tepung Gandum
50gm Tepung Jagung
60gm Baking Powder
400ml Air
700gm Minyak Jagung

Cara-Cara:
1-Pukul telur bersama gula sehingga ia sebati.
2-Kemudian masukkan bahan-bahan kering seperti tepung gandum,tepung jagung & baking powder.
3-Masukkan air dan dipukul perlahan, kemudian masukkan pula minyak dan pukul sebati.
4-Akhir sekali,masukkan perisa pandan atau badam atau apa sahaja mengikut kesukaan anda.
5-Masukkan ke dalam acuan.Bakar selama lebih kurang 30minit di dalam suhu 160c.