Followers

Resepi Ku


Jika korang nak buat kek tapi oven pulak takde,cuba korang buat kek ni..


Salam...bagi yang tiada oven tu boleh la cuba2 buat kek ni yer..senang,ringkas dan yang pasti sangat sedap!!


Bahan A
450gm Mentega
388gm Susu Pekat Manis

Bahan B
1 biji Telur
110gm Gula Halus

Bahan C
1 camca teh Emulco
4camca teh serbuk Koko
140gm Tepung Serbaguna,diayak
100gm Coklat Masakan,dicincang

Bahan D
600gm Biskut Marie/Biskut Jejari Keju


Cara Membuatnya:
1.Putar bahan A sehingga kembang,ketepikan.
2.Putar bahan B sehingga kembang & satukan dengan adunan A.
3.Gaul rata adunan kek bersama bahan C sehingga sebati.
4.Masakkan adunan kek diatas api perlahan & kacau selalu.
5.Apabila adunan kek menjadi likat,tuang didalam ,loyang & masukkan sekali biskut & gaul rata.
6.Biarkan semalaman di dalam peti sejuk.
7.Jika suka,sapu kek dengan coklat ,masakan yg dicairkan sebelum dihidang.

                                                                                                                                         
                                                                                                                    

                                                 RESEPI 5 MINIT



Sambal Ikan Bilis Kisar

Bahan-bahan:
Minyak untuk menumis
100gm Taucu
100gm Ikan Bilis,ditumbuk
5tangkai Cili Padi,ditumbuk
3cm Halia,dihiris
1biji Bawang Besar,dihiris

Cara membuatnya:
1.Panaskan minyak,masukkan semua bahan dan kacau sehingga garing.
2.Jika dimasak garing,ia boleh disimpan lama.


Sambal Tempoyak Ikan Bilis Dan Ikan Sepat

Bahan-bahan:
Minyak Masak untuk menggoreng
100gm Ikan Bilis
50gm Ikan Sepat kering
5ulas Bawang Merah,ditumbuk
3biji Cili Merah,ditumbuk
3biji Cili Padi,ditumbuk
3camca teh Tempoyak,dicampur sedikit air

Cara Membuat:
1.Panaskan minyak,goreng ikan bilis dan ikan sepat kering.
2.Angkat dan tumbuk kasar ikan bilis dan sepat kering itu.
3.Panaskan baki minyak dan masukkan semua bahan kecuali tempoyak serta bahan yg sudah ditumbuk kasar.
4.Apabila wangi,masukkan tempoyak.
5.Kacau sebati hingga separuh kering dan boleh dihidangkan.


Cendawan Goreng


Bahan-bahan:
100gm Cendawan segar
1biji Telur,dipukul
300gm Tepung Goreng berempah


Cara Membuatnya:
1.Celup cendawan di dalam telur.
2.Salutkan cendawan di dalam tepung.
3.Panaskan minyak dan goreng sehingga keemasan.


                                                                                                                                     

                      Biskut Coklat


Bahan-bahan:
240gm Tepung Serbaguna
1/2 camca teh Serbuk Penaik
1/2 camca teh Garam
120gm Badam Cincang, panggang


Bahan dicairkan:
175gm Coklat Masakan Putih,dihiris
200gm Coklat Masakan,dihiris
150gm Mentega
2 camca teh Esen Vanilla


Cara Membuatnya:
1.Ayak tepung bersama serbuk penaik,ketepikan.
2.Selepas bahan dicairkan suam,masukkan tepung dan kacau rata.
3.Masukkan garam dan badam,gaul sebati.
4.Kepal sedikit adunan dan bentukkan bulat setebal 5mm.
5.Atur adunan sedikit berjarak(ia akan kembang)di atas tin pembakar beralas foil.
6.Bakar pada suhu 180 degree selama 20minit.
7.Biar sejuk dahulu,sebelum disimpan didalam bekas kedap udara.







                                                                                                                       
                              
                     Kek Lapis Asam Manis



Bahan-bahan ( square baking tin-small )

  • 250g butter
  • 1 1/4 cawan gula castor
  • 7 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 paket Cream Crackers (kalau bole yg tawar)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan susu pekat
  • Coloring ikut suke
  • Asam Deduwit

Cara-cara

  1. Sediakan pengukus, grease kan loyang. Sementara tu, blend cream crackers hingga jd halus.
  2. Pukul butter dan gula hingga kembang kemudian masukkan telur sebiji sebiji sambil kacau ngan mixer.
  3. Masukkan esen vanilla, susu segar dan susu pekat kacau.
  4. Masukkan biskut yg dah diblend td sedikit demi sedikit hingga bancuhan jadi tak terlalu cair atau pekat.
  5. Bahagikan adunan ikut color yg disukai. 2-3 color sesuai, dan bancuhkan setiap adunan yg dibahagikan 3 tadi.
  6. Masukkan 4 sudu untuk 1st layer-ori color, kukus 10 minit. Kemudian 2nd layer-red color, 3rd layer-green color, 4th layer bolehla letak prune or asam deduwit tu. Repeat step ni hingga loyang penuh.
  7. Masukkan dlm oven (medium heat) selama 10 minit untuk kek tahan lebih lama







No comments: