Followers

Wednesday, March 16, 2011

Kek Buah la oii..




Semalam punya keje..baru sempat nak update la ni..1st time daku buat kek ni...resepi dalam majalah rasa..memang sedap sangat..cuma daku memang lom khatam lagi bab2 kek buah ni...hehee...

Kek Asam Manis




Kek yg daku lemau sket nak buat nih..hehe..tp kalau ade request ok jek! =D

Bahan-bahan
  • 1 cawan serbuk biskut tawar
  • 4 biji telur
  • 3/4 cawan butter
  • 3/4 cawan gula
  • 1 sk ovallete
  • 1/8 cawan susu pekat
Cara2


Satukan gula, telur, ovallette dgn susu pekat dan pukul sampai betul2 gebu.. Dlm mangkuk lain kacau margerine atau butter guna senduk untuk lembutkan dia sampai berkilat licin BUKAN dcairkan kat atas api ya :D.. pastu masukkan margerine atau butter td kat adunan telur dan pukul lagi, akhir sekali masukkan Serbuk biskut tadi sikit2 dan kacau sampai sebati.. Bahagikan sama rata kepada 2 bahagian, ikutlah suka hati nak letak kaler aper tp yg klasiknyer kaler ijo sama itu kuning yo :D kukus mcm biasa lapis demi lapis dan susun lah hawflakes tu, kukus sampai habis, berapa minit bergantung pada lapisan yg kita buat tu ya.. kita buat stgh adunan cuma 1 jam


versi bakar:

Kek Lapis Asam Manis
10 biji merah telur
7 biji putih telur
3 sudu makan susu pekat manis
1 1/2 buku mentega
2 sudu besar esen vanilla
15 bungkus asam manis (spt duit syilling)
1 1/2 gelas gula caster
2 gelas tepung soda ( biskut soda di blend halus dan di ayak)
1 sudu besar quick 74 (ovallette)
Acuan segi empat bersaiz 8"x8"

1. Pukul putih telur hingga kembang
2. Pukul mentega dengan susu hingga putih
3. Pukul merah telur dengan gula hingga kembang
4. Masukkan esen vanilla dan ovalette
5. Gaulkan semua bahan-bahan di atas
6. Bahagikan kpd 3 bahagian - warnakan hijau, merah dan warna asal
7. Bakar selapis demi selapis berselang warna dengan api sebelah atas (grill) - suhu 150C . Apabila sampai ke warna asal, susunkan asam manis dan begitulah seterusnya hingga habis.
8. Setelah adunan habis, tukar api kepada pemanas atas bawah – bakar selama 10 minit.

Tuesday, March 8, 2011

Kek Untuk my lovely kazEn..Ina!


Hari ni..tergerak hati nak wat kek ni..da lama sangat simpan resepi die..rupe mmg x lawa mn..tapi rase nye sedap sgt2...n resepi pun simple aje....khas daku buat utk mu ina..cewaahh!! wakakaaa!


BAHAN KEK :-)
125 gram mentega
1/3 cawan gula halus @ gula kastor
1 biji telur gred A
3/4 cawan teping naik sendiri (self raising flour)
1/2 cawan tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
1 camca besar tepung kastard
1 camca besar gula kastor
2/3 cawan susu segar (mat guna 70% susu sejat IDEAL + 30% air)
15 gram mentega (kurang lebih 1 camca teh)
2 camca teh esen vanilla


CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.
Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat saiz 7 inci (mat guna acuan kaca macam dalam gambar). Ketepikan.
Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masuk telur dan putar hingga kembang. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung naik sediri + tepung kastard sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
Masukkan 1/2 adunan ke dalam bekas yang telah disediakan, ratakan dan buat sedikit lubang ditengah2nya. Tuang kastard, ratakan dan tutup dengan baki adunan, ratakan dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.
Sejukkan sebelum dihidangkan. Jika suka boleh ayak gula aising atas permukaan kek sebagai penyeri...Selamat mencuba!!!

Monday, March 7, 2011

Seri Muka

 Menu untuk kunyah-kunyah pd hari ini...1st time wat..tak pakai daun pandan sebab malas nak pegi amik so pakai pandan paste aje...ermm..boleh la..tapi lagi enak jika pakai daun pandan ori....next time leh ar pakai daun nya pula....resepinya dibawah ini ya!

Bahan-bahan ( 8" x 8" x 3" )

  • Bahan2 utk Pulut :-
  • 50gm Santan Serbuk di campur dengan 2 cawan air
  • 1 S/t garam masukkan ke dlm santan
  • 500gm Beras pulut
  • 2 s/m minyak masak
  • Bahan2 bahagian atas kuih :-
  • 2 s/m pandan paste
  • 1/2 s/t garam
  • 3 biji telur
  • 100gm santan serbuk di campur dengan 2 1/2 cawan air
  • 1 Cawan tepung gandum
  • 3 s/m tepung jagung
  • 1 cawan gula

Cara-cara

  1. Rendam beras pulut selama 20 - 30 minit. Kemudian toskan.
  2. Masukkan santan dan garam ke dlm pulut tadi. Kemudian masukkkan minyak masak.. Gaul rata.
  3. Masukkan pulut ke dalam loyang yang telah di lengser dgn minyak masak. Kukus selama 20 - 30 minit kedlm pengukus yang telah panas.
  4. Untuk bahagian atas kuih.
  5. Satukan kesemua bahan. Dan pukul hingga adunan sekata.
  6. Bila pulut telah masak, padatkan pulut tadi. Tapis adunan sebelum di masukkan ke atas pulut. Kemudian kukus sekali lagi adunan tersebut bersama dgn pulut yang telah masak.
  7. Kukus lebih kurang 30 - 45 minit.

Wednesday, March 2, 2011

Muffin!



Semalam besday aku..so hubby nak belikan kek,aku plak taknak sebab ahad lepas baru je makan kek besday my fil yg aku buat sendiri..So konon2 da muak nk makan kek lak..last2 aku wat je muffin ni semua n bg jiran2 sket..sebab aku berdua aje and anak2 pun still kecik lagi bukan makan banyak pun tu yg sedekah jiran2 sket..kalau nak resepi ade kat bawah ni yek!                                                                               

Bahan-bahan:(anggaran 60 biji ikut jenis acuan muffin)
8 biji Telur
500gm Gula
600gm Tepung Gandum
50gm Tepung Jagung
60gm Baking Powder
400ml Air
700gm Minyak Jagung

Cara-Cara:
1-Pukul telur bersama gula sehingga ia sebati.
2-Kemudian masukkan bahan-bahan kering seperti tepung gandum,tepung jagung & baking powder.
3-Masukkan air dan dipukul perlahan, kemudian masukkan pula minyak dan pukul sebati.
4-Akhir sekali,masukkan perisa pandan atau badam atau apa sahaja mengikut kesukaan anda.
5-Masukkan ke dalam acuan.Bakar selama lebih kurang 30minit di dalam suhu 160c.

Thursday, February 24, 2011

Bila roti dah nak expired!

Bila je roti da nak expired n still banyak lagi tak di makan, ini lah jln terakhir untuk menghabiskan nya!..so pe lagi daku mulakan aksi la di dapur!! cewahhh...resepi hasil dari myresepi.com tp x hingat name die..da lm simpan resepi die ni..tq very much yer...di bawah ni ade resepi nya yer jika mau cuba....

Bahan-bahan ( 4 )

  • 6 keping roti
  • 30 gm mentega dicairkan
  • 80 gm kismis
  • 4 biji telur dipukul
  • 475 ml susu segar
  • 150 gm gula halus
  • 1 sudu kecil esen vanilla 
  • sedikit hirisan badam

Cara-cara

  1. Carik- carik kecil kesemua 6 keping roti tadi dan susun atur ke dalam bekas yg bersesuaian.
  2. Tuangkan sama rata mentega yang dicairkan tadi ke atas roti. Selepas itu taburkan kismis ke atasnya.
  3. Di dalam mixing bowl pukul rata telur , susu segar, gula dan esen vanila. Setelah siap tuangkan ke atas mangkuk yg berisi roti tadi.
  4. Bakar di dalam oven dengan suhu 175 C selama 45 minit.
  5. P/S:lebih enak dimakan jika disimpan sejuk dahulu .

Tuesday, February 22, 2011

Menu simple ajek!

 Nasi Ayam

Nasi ayam ni Cla masak kekurangan daun sup dgn bwg grg..xpela asl sodap dimkn sudah...hehee...

Mee Goreng Udang

 Mee Goreng
Mi goreng yg biasa ku buat..anak2 ku juga suka mkn benda2 mcm ni...

Ayam Lemak Cili Api

 Ayam masak Lemak Cili Api

Ini adalah menu kegemaran ku....lg pedas lg sedap..

Kalau dah malas nak masak...

 Ayam Blackpepper
Inilah kalau da malas nk masak.....

Asam pedas ikan selar

 Ikan Selar Masak Asam Pedas

Menu turun temurun..

 Daging Bistik
Haa..klu ini adalah masakan yg 'famEs' dikalangan family belah abahku..klu raya xde daging/ayam bistik ni mmg x sah..tp biasanya nenek akan wat mnggunakan ayam la..daging jarang2..so daku ubah selera asyik ayam je kan..tengok kt freezer ade daging try jgk la..mmg mArbeles!

Ketam..


 Ketam Masak Lemak Cili Api

Rumah ni kalau beli ketam,tak pernahnya nk masak lain.Tak digoreng,masak lemak,itu jela..hihii..

Ikan tenggiri masak kicap

 Ikan Tenggiri masak Kicap

Ikan tenggiri ni,sekali-sekala masak kicap..layan jugak...

Ayam lagikk..

 Asam Pedas Ayam

Bila dah bosan asam pedas ikan,gantikan ayam pulak..

Ayam Kurma..

 Ayam Kurma

Ayam kurma ni pula,bila ramai yg datang rumah,barulah daku masak.Sebab hubby tak berapa suka..

SipOt oh sipOt..

 Siput Sedut masak Lemak Cili Api

Daku memang penggeli betul bab2 nak bersihkan siput ni.Tak tau pesal,sanggup daku pakai penyepit utk gunting belakang dia tu.bayangkanlah,berapa lm nak siap kn!! hahaaa..

Nasi Ujang Kluang style..!

Ayam Ujang

Ini adalah masakan favE my dear hubby...klu kita tanya..yg,ayam tu nk masak apa? ini sahaja jawapannya..ujang...hehee..sng,simple & sOdap! Kalau nak tau orang kluang je yg tau nasi ujang ni,
kalau pegi mana2 kedai makan kt tempat lain,mana ada Nasi Ujang,cuba pergi Kluang,semua
kedai makan ada!

Pancakes la!

 Pancakes
It's easy to make this yummy pancakes!

Apam Labu

 Apam Labu

Bahan-bahan:
200gm Tepung Naik Sendiri
200gm Labu,disagat kasar
100gm Gula Pasir
200ml Santan(cla gantikan dengan susu sejat)
1biji Telur
1/4 sudu teh Soda Bikarbonat

Cara-cara:
1- Pukul telur & gula sampai hancur.Masukkan santan & tepung & kacau sehingga rata,kemudian masukkan labu & soda bikarbonat.
2- Acuan kecil dilapis dengan kertas,kemudian masukkan adunan ke dalam acuan kuih.
3- Kukus selama 20 minit & angkat.

Donat Cekelat..

 Donat Coklat..

Cara Cla yg paling mudah sekali..hee..

Cara membuatnya senang sekali..Air 2 cawan,Mauripan setengah bungkus,Planta setengah cawan,Telur 1 biji,semua ini di blender,Masukkan dalam mangkuk,tuang kan tepung dan susu tepung sikit,uli dengan yg di blender kn tadi sehingga menjadi doh,Peram kan sekejap,bila dah naik,terap dengan cetak dan boleh la di goreng terus dengan api sederhana panas..Hias ikut suka..
 Tepung Gomak

Bahannya: (dlm 30biji)

1 paket Tepung pulut
Sedikit Air
Tepung Kacang Hijau


Inti:

1biji Kelapa parut
1buku Gula Melaka
Sedikit Gula Pasir
Daun Pandan
Sedikit Air

(masak kesemua bahan sehingga betul2 sebati)


Caranya:

Kulit:Tepung diuli bersama air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh dan tidak melekat pada tangan.Bulat2 kan doh,kemudian di leperkan utk isi inti didalamnya..buat samapi habis adunan.Panaskan air di dalam periuk,setelah mendidih masukkan kuih tersebut di dalam periuk,tunggu sehingga ianya timbul(mcm onde2) barulah diangkat dan terus di lapiskan dengan tepung kacang hijau.
 Karipap

Bahan Kulit:

Tepung Gandum
Minyak Masak
Sedikit air
Secubit Garam

(uli kesemua sehingga menjadi doh,ketepikan)


Bahan Inti:

Kentang/Keledek
Ikan bilis
Bawang besar,putih
Lada Boh
Serbuk Kari
Daun Sup
Telur

(tumis kesemua bahan sehingga kentang/keledek nye empuk)


Marble Cake

Marble Cake resepi:

Bahannya:
240g butter
10g ovalette
4bj telur A
220 gula halus
240g tepung gandum
1/2 sk baking powder(ayak bersama tepung)
60ml susu segar
1sk esen vanilla
20g serbuk koko
20ml air suam

Caranya:
1.panas oven dulu 175c then glus tin kek n alas bkg paper.
2.putar butter n ovalette sampai rata,masuk gula & putar sampai putih,masuk telur 1 per 1,sambil putar jadi kembang.
3.slowkan speed,masuk tepung sket2,selangseli dengan susu sampai habis,masuk esen & putar rata.
4.bahagi 2 bahagian,1 biar kosong,1 lagi tambahkan serbuk koko yg telah dicampur air suam,gaul rata.
5.sudukan adunan berselang seli sampai habis.bakar 50-60minit atau sampai kek masak.

  

Tuesday, February 15, 2011

Mengapa Sukar melelapkan mata ku ini...

Malam yg kian larut...aku belum terasa ingin melelapkan mata..argghh..tak tahu hendak di apakan mata ini supaya lekas tidur.mata oh mata..lelap la kamu..kalau la mata itu boleh berkata-kata,harus senang di suruh..hahaaa..apalah yg aku mengarut pagi-pagi buta ini..hmm pastinya jika ku minum segelas air milo,mata ini pasti akan mula mengantuk....hmmmmm....mengapa setiap malam begini..?

Monday, January 17, 2011

Anak-anak Pengikat Kasih Sayang Antara Suami Isteri...

Anak-anak ku...
Sekejap sahaja masa berlalu..kini kamu semakin membesar..Dengan ada nya kamu,hubungan mama dan ayah menjadi lebih erat,walaupun kadang kala berlaku sedikit pertelingkahan tetapi itu semua sudah menjadi lumrah hidup di alam rumah tangga yang semestinya berbagai dugaan dan cabaran untuk kita tangani sebagai umat manusia..
Anak-anakku..
Setiap hari berbagai karenah di buat kamu sehingga kadang-kadang mama hampir hilang sabar.Darwisy kini berusia dua tahun,Damia setahun dan Qalesya pula masuk dua bulan sudah.Anak mama yang sulung..Darwisy selalu sahaja dengki kan adiknya Mia,pantang ditegur sikit,mulalah nak lepaskan geram pada si adik,menangis lah Mia dek ditolak atau dipukul oleh abangnya.Damia orangnya suka tengok tv,dan menyendiri jika bermain..sebab bila bermain dengan si abang,dia selalu kena buli..dan kerana itu lah dia lebih suka bermain sendiri,tak kacau sesiapa,lagi-lagi kalau dia dengar lagu,bukan main joget/goyang lagi! senang..hehee..Si Qalesya pula..atau lebih "glamour" dengan panggilan Adik, disebabkan dia masih baby lagi..so yang tahu nya susu,tidur,susu,tidur,berak,kencing jela...hahaaa..

Anak-anakku...
Mama sentiasa berdoa agar kamu semua menjadi anak yang soleh serta solehah supaya menjadi insan yang berguna dan berjaya di dalam kehidupan kelak kerana mama tidak pernah berpeluang untuk merealisasikan impian mama.......

Sunday, January 16, 2011

Tragedi Cinta Isteri......(Surat Buat Suami Ku..)

Suami ku yang disayangi,

Surat ini ku tulis dengan hati yang terus menerus berdoa agar kau dan aku berjaya mengatasi apa jua halangan dalam perjalanan kita mendapat keredaan Allah. Hingga kini aku terus yakin jika kita mencari kebaikan, insya-Allah, Allah akan memberikannya.

Terlebih dahulu ingin aku nyatakan bahawa dalam apa jua pergolakan dan ujian yang telah berlaku sepanjang kita berumah tangga, aku tetap menghormati mu. Walaupun ada masanya sikap dan kata-kataku terlanjur dan terkasar, itu bukanlah kerana aku sudah tidak menghormatimu apatah lagi membencimu... tetapi semua itu kerana terlalu sayang. Aku tidak mahu kehilangan dirimu sebagai seorang suami seperti mana anak-anak kita juga tidak mahu kehilangan kasih-sayang seorang ayah.

Maafkan aku. Akulah yang lebih banyak bersalah dan tidak bijak menghadapi ujian rumah tangga ini. Sesungguhnya sejak dari dulu hingga sekarang aku menagih pimpinan dan panduanmu. Pimpinlah aku untuk menjadi isteri yang solehah dan ibu yang baik kepada anak-anak kita. Aku tidak mahu berpisah dengan semua kesayangan ku ini. Oleh sebab itu aku merayu agar aku terus disayangi, dilindungi, dipercayai dan dipimpin untuk menjadi wanita yang benar-benar menjadi penyeri hidup seorang suami dan anak-anak.

Kebahagiaan kita sekeluarga berada di tangan mu. Dikaulah yang menjadi peneraju dan nakhoda rumah tangga ini. Aku tahu tugas dan amanah ini sangat berat. Ia menagih keikhlasan, keimanan dan kejujuran yang tinggi daripada mu. Aku sedar apa yang akan ditanyakan Allah di Hari Akhirat kelak kepada seorang suami sebagai pemimpin jauh lebih berat dan sukar dijawab berbanding pertanyaan Allah kepada seorang isteri. Aku tahu tangung jawab mu sangat berat. Jadi aku sentiasa sedia dan setia berada di sisi mu untuk sama-sama mengharungi kepayahan ini.

Marilah sama-sama kita insafi bahawa hakikatnya umur kita kian bertambah, upaya dan tenaga kita semakin kurang, tetapi perjalanan kita masih jauh dan beban kita semakin memberat. Amanah yang ada pun belum selesai kita tunaikan, apatah lagi untuk menambah beban yang baru. Aku bimbang... kita berdua akan kecundang.

Oleh sebab itulah aku sering mengingatkan diriku dan dirimu, marilah kita kembali menilai peranan dan tanggung jawab kita masing-masing. Aku sebagai seorang isteri dan kau sebagai seorang suami... Marilah kita sama-sama bermuhasabah, apakah kiita telah melaksanakan amanah yang kita janjikan di hadapan Allah ketika kita mula bernikah dahulu?

Pernikahan disamakan dengan mendirikan masjid. Begitu sucinya ikatan perkahwinan dalam Islam. Ia bukan dibuat hanya kerana untuk melepaskan hawa nafsu semata-mata. Jika itulah sahaja niat kita berkahwin, maka apakah yang membezakan manusia dengan haiwan? Tetapi sebaliknya, Islam meletakkan hubungan sah antara suami dan isteri sebagai suatu yang sangat tinggi dan suci.

Ia bukan sahaja perkongsian fizikal, tetapi perkongsian fikiran, perasaan dan jiwa untuk sama-sama berbakti kepada Allah. Rumah tangga hakikatnya adalah sebuah masjid... Di dalam masjid orang solat, berzikir, membaca Al Quran, mendengar tazkirah kuliah dan laian-lain ibadah.

Aku rindukan semua itu. Tetapi kerinduan itu tidak akan kesampaian tanpa bimbangan darimu. Aku lemah wahai suami ku. Pimpinlah aku untuk mendapat kasih sayang Allah melalui aliran kasih sayangmu. Engkaulah harapan aku dan anak-anak. Kami hakikatnya telah diserahkan oleh Allah sebagai amanah kepada dirimu untuk disayangi di dunia dan di akhirat. Janganlah disia-siakan amanah ini. Kelak buruk padahnya kepada kami dan kepada mu jua. Relakah engkau melihat kami terkapa-kapa di dunia ini tanpa pimpinan? Dan di akhirat terhumban ke neraka yang penuh seksaan?

Suami ku,

Atas kebimbangan itu kekadang aku jadi cemburu. Bila ku lihat langkah dan sikap mu sedikit terbabas, aku menjadi sangat cemas. Bila ku lihat kau seakan-akan berubah, aku menjadi sangat gelisah. Bukan kerana benci, tetapi kerana sayang. Mengapa tidak? Bukankah di tangan kamu kemudi rumah tangga ini.

Kesilapan dan kesalahan mu sangat buruk akibatnya kepada kita sekeluarga. Jadi, fahamilah hati isteri mu ini wahai suami ku... Curiga ku bukan kerana prasangka. Cemburu ku bukan kerana melulu. Jauh sekali untuk mengawal dan memperbudak-budakan. Tetapi sekadar ingin mengingatkan bahawa kebakaran yang memusnahkan selalunya berpunca hanya daripada percikan api!

Di antara kita adalah Allah. DIAlah zat yang Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Adil. Manusia tidak akan dapat mengawal dan memantau manusia lain setiap masa dan ketika. Kini aku pasrah kepada Allah. Aku lelah dan kalah untuk meneliti dan memeriksa di seluruh penjuru. Aku tidak dapat mengawal hati mu dan kau juga tidak dapat mengawal hatiku.

Hati kita berdua, Allahlah yang menjadi pemantaunya. Menyedari hakikat ini, aku kini hanya fokus untuk memperbaiki diri. Aku ingin memperbaiki hubunganku dengan Allah dan memperbaiki hubunganku dengan sesama manusia. Aku yakin Allah tidak akan mengecewakanku. Dan aku juga yakin Allah akan terus memberi kebaikan-Nya kepadaku melalui dirimu.

Marilah sama-sama kita perbaiki diri kita atas keyakinan rumah tangga ini perlu terus diselamatkan dan dimeriahkan. Jika benar itu masih menjadi harapan dan keyakinan kita, insya-Allah, pasti Allah akan tunjukkan jalan-jalan-Nya. Dalam hidup ini kita tidak boleh dapat semua perkara dalam satu masa. Bila kita mendapat sesuatu, pasti pada masa yang sama kita akan kehilangan sesuatu yang lain. Jadi marilah sama-sama kita pastikan apa yang kita dapat lebih berharga dan lebih baik berbanding apa yang kita terpaksa lepaskan.

Oleh itu jika kita ingin mendapat rumah tangga yang bahagia, kita terpaksa belajar 'melepaskan' perkara-perkara lain. Rumah tangga kita adalah keutamaan. Ia amanah Allah, harapan kita dan anak-anak kita. Sebaliknya, segala kesukaan atau keseronokan kita yang lain mungkin terpaksa kita korbankan demi membina kebahagiaan ini.Inilah pengorbanan.

Tanpa pengorbanan tidak akan ada kebahagaiaan. Kita akan rela dan tega berkorban jika kita benar-benar inginkan rumah tangga ini berjaya. Jika tidak, kita terpaksalah mengorbankan rumah tangga ini... Apakah ini berbaloi? Tidakkah ini seperti kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran? Atau mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan?

Suami ku,

Tipuan dunia dan godaan nafsu ini sangat memberangsangkan. Syaitan sentiasa menghias bibit-bibit dosa-dosa dengan segala keindahan dan kecantikan. Sekali kita terjerumus, payah untuk bebas kembali. Selagi yang diburu tidak tercapai, selagi itulah kita lelah mengejarnya. Tetapi setelah kita mendapat, ada yang lain pula datang menggoda. Apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada itulah yang kita risaukan. Kita akan lesu kerana asyik memburu.

Mengejar nafsu itu bagai mengejar bayang-bayang. Dilihat ada tetapi apabila digenggam ia hilang... di hujung percarian itu pasti ada lesu dan jemu. Kehendak nafsu tidak ada batas dan tidak pernah puas. Padahal kematian itu boleh datang tiba-tiba. Relakah kita tertipu mengejar fatamorgana hanya kerana dari jauh ia kelihatan umpama air yang tergenang?

Aku mengingatkan diri ku dan diri mu kerana sayang. Aku selalu bertanya pada diri sendiri, relakah aku mengorbankan rumah tangga ini hanya untuk mengejar sesuatu yang tidak pasti? Aku terpaksa melepaskan salah satunya. Dan insya-Allah, buat selamanya aku lebih sanggup melepaskan apa dan sesiapa sahaja, asalkan jangan melepaskan kebahagiaan rumah tangga ku. Itulah yang ada di hatiku. Dan itulah jua yang aku harapkan, doakan ada dalam hati mu.

Jika dalam surat ini ada kesedihan... ia bukan kekecewaan tetapi itu hanya harapan. Jika dalam surat ini ada teguran... itu bukan kebencian tetapi itu hanya peringatan, buat ku dan buat mu jua. Namun, ku akui dalam surat ini terlalu banyak doa dan harapan. Doa ku hanya pada Ilahi. Dan harapan ku tetap untuk mu suami. Jika air mata itu berkesan, nescaya akan tulis surat ini dengan air mata. Bukan air mata kecewa tetapi air mata harapan...

Ku harap kau membaca surat ini dengan hati yang terbuka. Bayangkan semula harapan dan cita-cita kita seawal kita memutuskan untuk berkahwin dahulu. Saat indah itu telah berlalu tetapi keindahan itu akan menjelma semula dalam bentuk baru jika kita berusaha untuk merealisasikannya. Dalam perkahwinan yang baik, seorang lelaki dan wanita sentiasa mencari ruang dan peluang untuk memperbaiki dirinya demi orang yang disayanginya.

Dan sekalipun dalam perkahwinan yang paling bermasalah, penawar yang mujarab adalah kebenaran. Menyatakan kebenaran kepada pasangan adalah kaedah terbaik untuk membuktikan cinta adalah lebih utama daripada satu pendustaan!

Mohon berundur dulu. Pasangan yang bahagia bukanlah tidak pernah membuat kesilapan. Tetapi mereka tetap bahagia kerana mereka sentiasa belajar mengakui kesilapan itu dan belajar daripadanya... dan akhirnya melupakannya! Itulah aku kini. Ku akui kesilapan ku dan aku sedang memperbaikinya dan aku ingin melupakannya...

Suami ku, aku masih menaruh harapan. Insya-Allah, kau masih sudi membantu aku untuk itu! Amin.

Thursday, January 13, 2011

Bermula nya sebuah kehidupan...


Alhamdulillah...kini aku bergelar seorang ibu..Dengan ada nya tiga orang putera puteri kesayangan ku,hidup terasa lebih bermakna.Memang kadangkala aku selalu merungut,kepenatan yang amat sangat..dek di sebabkan karenah anak yg pelbagai ragamnya ini.. Namun hakikat sebenarnya aku gembira..dan aku bersyukur kepada Allah taala kerana mengurniakan anugerah yang tidak ternilai ini...Sungguh indah dunia ini bersama mereka...Anak2 ku..mama akan berikan kasih sayang sepenuh nya terhadap kamu,dan mendidik kamu sebaik2nya sehingga menjadi insan yg berguna suatu masa nanti...Insyaallah..